Friday 22 June 2012

lelaki pertama

dia lelaki pertama yang singgah di hati. memberi aku perubahan dalam diskriminasi bangsa.
aku jatuh cinta untuk ke sekian kali. cinta yang tak pernah padam hingga kini. ya, dia.
~dzul. pertemuan kita sewaktu pencak silat telah menjatuhkan aku pada pndangan pertama kita. kau tersenyum, aku tersipu. aku tau kita saling suka sama suka namun x ada siapa yang ingin mengakuinya. berpandangan setiap masa, setiap detik jantung berdetak. ntah mengapa jika tidak melihat kau, hati ku gundah gulana. ya, sudah namanya cinta. begitu laa..

ku malu tapi ku mahu cintamu. petikan lirik lagu dina jadi siulan. aku bersahabat baik dengan adik kau. mungkin itu bisa membuat aku lagi dekat dengan kau. namun itu cuma andaian semata2. setiap latihan aku semakin lemah. silat ku seperti tarian. tidak dapat dikeraskan hanya bisa ku lembutkan. kau lelaki pertama yang ,engajar aku erti kelembutan. semakin hari, kita semakin kerap berjumpa. walau hanya dalam latihan saja, aku x kesah. hingga la satu pertandingan diadakan di luar daerah.

memori perjalanan ke sana membuatkan aku tertawa sehingga kini. bahkan menulis karangan sekarang pun aku masih bisa tersenyum sendiri. kita duduk bersebelahan, jantung aku berdebar. aku malu terpinga2 mencari adikmu yang juga sahabatku. hati tambah resah bila aku dapat pesanan ringkas bahawa adikmu tidak ikut rombongan bas kerana lewat. dia terpaksa pergi bersama pakcik kamu yang juga coach kami.

mengantuk yang tidak dapat ku tahan kerana perjalanan mengambil masa selama 6 jam untuk smpi ke destinasi. aku tertidur. lalu, tanpa sedar aku terlentok di bahu kau. haha.. malu x terhingga. (ini pun aku ketahui setelah foto kami diambil bersama). disitulah bermulanya kisah kau dan aku. 2007 hingga kini. kau saja yg bertkahta di hati. :::

No comments:

Post a Comment