Saturday 23 June 2012

kau kawan, sahabat dan teman

"ketika kita mula bertemu terasa bagai telah lama bersua. kau sambut hulur tanganku, bertegur sapa penuh mesra. masa terus berlalu dan kita tetap seiringan berjalan. menempuh onak liku, lalui semua suka dan duka bersama. biarlah apa pun rahsia dan kelemahanmu, tetap engkau temanku. Riangnya    saat kita ketawa. Asyik senda dan bercerita. walau sesekali pandangan kita berbeza, andainya tetap serupa. adakalanya kita juga saling terluka. namun akhirnya kita tetap bersama. dan kini dipisahkan dua benua. saling mengejar cita. tak pernah ku lupakan detik yang indah bersamamu temanku. ku pasti suatu masa engkau dan aku kan bertemu semula. kembali menjalinkan detik nan indah untuk kenangan bersama."

kau kawan, sahabat dan teman. lagu ni aku dedicated untuk best best best fren aku, susana king @ achun. tidak dapat diluahkan dengan kata2 betapa syukurnya aku punya sahabat seperti dia. darjah 1- upper 6 kami sekelas. now kami x dekat lagi.aku tengah smbung study kat smenanjung. dia plak kat kampung. memang jarang bhubung. tapi, tu bukan penghalang untuk kami. 

Friday 22 June 2012

lelaki pertama

dia lelaki pertama yang singgah di hati. memberi aku perubahan dalam diskriminasi bangsa.
aku jatuh cinta untuk ke sekian kali. cinta yang tak pernah padam hingga kini. ya, dia.
~dzul. pertemuan kita sewaktu pencak silat telah menjatuhkan aku pada pndangan pertama kita. kau tersenyum, aku tersipu. aku tau kita saling suka sama suka namun x ada siapa yang ingin mengakuinya. berpandangan setiap masa, setiap detik jantung berdetak. ntah mengapa jika tidak melihat kau, hati ku gundah gulana. ya, sudah namanya cinta. begitu laa..

ku malu tapi ku mahu cintamu. petikan lirik lagu dina jadi siulan. aku bersahabat baik dengan adik kau. mungkin itu bisa membuat aku lagi dekat dengan kau. namun itu cuma andaian semata2. setiap latihan aku semakin lemah. silat ku seperti tarian. tidak dapat dikeraskan hanya bisa ku lembutkan. kau lelaki pertama yang ,engajar aku erti kelembutan. semakin hari, kita semakin kerap berjumpa. walau hanya dalam latihan saja, aku x kesah. hingga la satu pertandingan diadakan di luar daerah.

memori perjalanan ke sana membuatkan aku tertawa sehingga kini. bahkan menulis karangan sekarang pun aku masih bisa tersenyum sendiri. kita duduk bersebelahan, jantung aku berdebar. aku malu terpinga2 mencari adikmu yang juga sahabatku. hati tambah resah bila aku dapat pesanan ringkas bahawa adikmu tidak ikut rombongan bas kerana lewat. dia terpaksa pergi bersama pakcik kamu yang juga coach kami.

mengantuk yang tidak dapat ku tahan kerana perjalanan mengambil masa selama 6 jam untuk smpi ke destinasi. aku tertidur. lalu, tanpa sedar aku terlentok di bahu kau. haha.. malu x terhingga. (ini pun aku ketahui setelah foto kami diambil bersama). disitulah bermulanya kisah kau dan aku. 2007 hingga kini. kau saja yg bertkahta di hati. :::

Monday 18 June 2012

cerita cerita

cerita aku, cerita kau, cerita kamu semua.
coretan berkisarkan tentang kehidupan yang pernah dilalui dan akan dilalui.
cerita aku, cerita kau, cerita kamu semua. 
ya, mulanya disini ahirnya ntah dimana..
aku budak baru belajar dalam laman sosial.
minat sudah lama tapi x pernah aku cuba. 
takut? malu? low self esteem laa..
kau kekasih kau sahabat. kau penggerak, lalu aku mula.
kamu semua, ini la cerita kita.